Wednesday 9 May 2012

Khusyuk Dalam Solat

Semasa menyertai satu program baru-baru ini, ketika bercerita tentang solat, salah sorang speaker bertanya, "Adakah kamu benar-benar khusyuk semasa solat? Bagaimana nak dapatkan khusyuk?"



Terus terang saya katakan, tak tahu nak jawab macam mana. Memang saya akui, agak susah untuk dapatkan khusyuk ketika solat. Selalunya ketika ini, ada sahaja lah perkara yang terlintas dalam fikiran. Itu lah, ini lah, macam-macam lah!! Belum kira lagi kalau anak-anak bergaduh semasa tengah solat. Hmm.. sebenarnya, salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat adalah dengan MEMAHAMI SETIAP apa yang kita baca. Kalau kata baca, semua orang boleh, tapi berapa ramai yang benar-benar faham apakah maksud dalam setiap bacaan kita itu? Jom sama-sama kita fahami dan amalkan..



TAKBIRATUL IHRAM
Allah Maha Besar.

DOA IFTITAH
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku
adalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


SURAH AL-FATIHAH
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


RUKUK
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

BACAAN KETIKA BANGUN DARI RUKUK
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

IKTIDAL
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

SUJUD
Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya.

DUDUK ANTARA DUA SUJUD
Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


TAHIYYAT AWAL
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


TAHIYYAT AKHIR
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


DOA QUNUT
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Jom sama-sama kita perbaiki solat kita kerana SOLAT ADALAH TIANG AGAMA. Umpama sebuah bangunan, jika goyang tiangnya, mana mungkin akan kukuh bangunan itu. Begitulah juga dengan agama, masih belum terlambat untuk kita perbaiki, jangan sampai saat sakaratulmaut barulah kita terhegeh-hegeh baru terfikir, Na'uzubillah.. Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan harian kita. InsyaAllah Aminn..

Bezday Season

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk meng'update' blog yang dah bersawang ni. Pergi sudah bulan April dan kini Mei menjelma. Sedar tak sedar dah masuk bulan kelima dalam tahun 2012, hmm.. cepat betul masa berlalu.

Sebut pasal April dan Mei ni, ada hari yang tak boleh dilupakan. Mula-mula 15 April adalah hari lahir bonda tercinta yang ke-58, Hajah Sabariyah. Semoga mak sentiasa sihat dan dipanjangkan umur, supaya dapat kami sebagai anak-anak berbakti sebaik yang mungkin. Kemudian 26 April pula hari lahir sendiri, waduhh cepatnya dah cecah umur 32 tahun, hehe.. Last sekali hari lahir ke-2 sang puteri yang tengah galak bercakap, Nuridza Qaisara. Semoga anak papa ni akan sentiasa bijak dan jadi anak yang solehah.

Tapi yang paling best sekali budak kecik ni la, dua kali celebrate!! Hehe glamer jugak kamu ni ye Sara. Mula-mula celebrate dengan 'ibu' aka babysitternya, buat sekali dengan sambutan ulangtahun perkahwinan mereka (sori Kak Ila lupa plak yang ke berapa, hehe..). Anyway terima kasih banyak-banyak Kak Ila yang sentiasa beri yang terbaik untuk puteri kami.

29.04.12 - Celebrate kat rumah Kak Ila @ Kg Jawa (aksi nak cincang kek!!)

Semasa cuti Hari Buruh, celebrate lagi sekali di Gombak pula bersama keluarga. Buat sekali dengan tahlil untuk arwah nenek (Abg Idzanee cakap rumah acik Amat). Macam biasa masa ramai orang mulalah mood dia takde, hehe.. Terima kasih mama yang belanja kek Secret Recipe untuk kami, luv U!! 

01.05.12 - Celebrate kat rumah arwah nenek @ Gombak (muka terpaksa sebab kena pegang, hehe..)
Tangan-tangan yang dah tak sabar nak cekup kek!!
Apapun saya berharap pada umur yang ke-32 ini banyak perkara yang akan berubah, baik dari agama, kesihatan, pendapatan, kualiti hidup dan sebagainya. Dah 3200cc ni maknanya kena lagi laju la, hanya ada lagi 8 tahun sahaja lagi (jika panjang umur) untuk BERSARA!! Harap satu hari nanti impian untuk dapat income sama taraf atau lebih dari usia (RM32k+) menjadi realiti. Hmm.. macam mustahil je bunyinya kan. Tapi kalau tak usaha, memang sampai bila-bila la rasa mustahil. Belum cuba belum tahu, orang lain boleh buat kenapa tidak kita? NOTHING IMPOSSIBLE!!


p/s: 12 tahun lepas kemalangan jalanraya semasa malam bezday mak, huhu..