Friday, 23 March 2012

Sehari Bersama Famili

Wahh.. lama betul tak update. Apa taknya, pagi dah keluar mencari rezeki, malam baru sampai rumah. Tapi belum pernah rasa letih lagi sebab semangat sentiasa ada. Buat kerja pun bukan susah sangat, bukan kena menyangkul ke, berjemur tengah panas ke, tapi paling bagus sekali, ada ramai kawan-kawan yang sentiasa membantu, sama-sama menjalankan perniagaan.

Dalam sibuk-sibuk berniaga, sempat juga la luangkan masa dengan famili juga. Kalau dulu, dah la kerja sampai tengah malam, Ahad ke, public holiday ke, semua langgar sebab nak kejar target OT. Syukur Alhamdulillah atas apa yang Allah kurniakan sekarang ni. Cuma belum masanya lagi untuk berehat, ada lebih kurang 8 tahun lagi, lepas tu Insyaallah dah boleh spend masa untuk famili sepenuhnya, dan yang paling penting, boleh buat apa yang disukai pula.

So last weekend, sempat la meluangkan masa menghadiri kenduri cukur jambul seorang sahabat masa belajar dulu, Idris Pathan di Ampang. Walaupun sampai dah dekat pukul 4 petang, tapi dapatlah juga bertemu dengan beberapa orang rakan lagi.

Sengih sampai ke telinga nampak!!

Tahniah bro!! Dah ada sepasang cahaya mata, kena kerja keras lagi la nampaknya, hehe.. Selesai makan, kami bergerak ke Putrajaya, nak tengok Hot Air Balloon 2012. Selama ni dok tengok dalam berita je, teringin juga nak tengok sendiri ye tak.

Selepas singgah solat Asar di hentian Highway MEX dan mengharungi jem yang panjang di Putrajaya, akhirnya dapatlah juga tempat parking. Betul-betul tepi traffic light! Hehe.. punya la ramai orang hari tu. Nak berjalan ke tempat belon panas tu satu hal lagi. Hampir 1km juga dari tempat kami parking. Nasib baik abg Idzanee & adik Sara dah puas tidor dalam kereta (sebelum sampai rumah Deris lagi, hebat kamu berdua nih!)

Tu dia.. kalah ceramah Ust Azhar Idrus, hehe..
Sebab dah lama tidor, masing-masing dah sibuk mintak makanan dan minuman (tapi kalau tak lapar pun mesti nak beli jugak, hehe..). Sambil ber'shopping', dapat la tengok beberapa belon panas naik ke udara... 


Punyalah ramai orang sampai terpaksa 'berkelah' di tepi jalan. Nak bawa budak kecik mencelah di tengah lautan orang tu memang tak sesuai. So, mama pun duduk lah menemani abg Idzanee makan, sementara papa bawa adik Sara tengok belon.





Bila dah ramai sangat manusia, Sara jadi takut nak berjalan la pulak. Terpaksa 'exercise' nampak gayanya.
Mengikut cerita yang digembar gemburkan, waktu malam lagi seronok. So kami pun berjalan lah ke Masjid Besi untuk menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu (lebih setengah kilometer juga lah!). Selesai solat, sambung lagi aktiviti...






Belum habis acara lagi, abg Idzanee dah bersuara "Mama, nak makan mi goreng.." Alahai, potong stim betul la kamu ni, haha.. Adik Sara pun dah start mengamuk, dah letih agaknya walaupun papa yang lenguh tangan mendokong kamu. Hehe.. bila dah ada anak ni kena la mengalah ye tak. So kami pun berjalan la pulang ke kereta sambil menikmati dentuman bunga api sebagai penutup majlis.




Hmm.. gambar kurang menarik. Kena beli DSLR juga la gamaknya ni, keh..keh..keh.. Sebelum pulang ke Klang, singgah sebentar makan di Rimba Klasik, Bandar Baru Bangi. Walaupun letih, tapi puas hati sebab dapat luangkan masa dengan famili. Kamu bertiga doalah untuk papa berjaya ye, nanti lagi banyak masa boleh luang dengan kamu semua ye..

Aminn...

p/s: nak masa kenalah korbankan masa, kalau asyik nak duduk rumah luang masa dengan famili tapi realitinya duit pun tak cukup, tengah bulan dah pening kepala, nk buat apa..