Saturday 16 June 2012

Jerebu Oh Jerebu

Jerebu?? Rasanya macam dah normal je sekarang ni kan, mana taknya setiap tahun mesti ada punya. Macam 'post' seorang rakan dalam FB - Malaysia pun sekarang ada 4 musim, musim hujan, musim panas, musim durian dan musim JEREBU!! Haha betul jugak kan.

Jerebu pun jerebu la, kerja kena jalan jugak kan. Petang tadi sempat buat 'site visit' untuk satu projek baru. Projek yang dikongsi bersama oleh seorang rakan baik masa di UIA dulu. Kawan-kawan mesti nak kongsi peluang/benda yang bagus bersama kan. So, dah sampai site, ambil lah gambar serba sedikit dan buat site analysis sikit (ni ilmu semasa study dulu, masih boleh dipraktikkan lagi tau, hehe..).



Gambar ni diambil pada jam 4 petang tau, bukan 7.30 pagi. Sekali tengok, ala-ala berkabus di waktu pagi gitu, hehe.. Rasanya agak hebat juga jerebu kali ni. Kalau ikutkan memang dah lama tak hujan. Kalau waktu siang tu, rasa terik sangat, terutamanya untuk kami penunggang motor yang tegar ni. Rasa nak pakai singlet dan seluar pendek je. Tapi dah rupa apek jual sayur pulak nanti!

Tapi itulah dia kuasa Allah, di saat panas terik, Dia tak turunkan hujan tapi Dia anugerahkan jerebu.  Bahang cuaca yang panas tetap terasa tapi keadaan menjadi redup dan taklah meletihkan badan, betul kan. Cuma kena ambil langkah berjaga-jaga lah. Standby lah 'mask' atau sekurang-kurangnya kain untuk tutup mulut dan hidung. Nampak gaya terpaksalah kurangkan aktiviti di luar (sori la Idzanee & Sara tak boleh main kat taman, hehe..).

So, banyakkan minum air kosong atau air suam. Kalau ada air yang bersifat alkali lagi bagus, pH 9 atau pH 10 ke, untuk cuci dalaman badan kita. Jom sama-sama kita berdoa semoga keadaan jerebu ini tak berlarutan. InsyaAllah aminn..