Friday 3 February 2012

Ingatlah Lima Perkara

Rasulullah S.A.W telah bersabda: Rebutlah LIMA perkara sebelum datang LIMA perkara;

 SIHAT sebelum SAKIT
MUDA sebelum TUA
KAYA sebelum MISKIN
LAPANG sebelum SEMPIT
HIDUP sebelum MATI

(Riwayat al-Hakim & al-Baihaqi)

Rasanya pasti kita dah biasa mendengar petikan di atas, tapi adakah kita benar-benar faham dan mengambil tindakan daripadanya?


Sihat Sebelum Sakit
Sementara kita sihat, lakukanlah sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat, sama ada untuk diri sendiri atau pun untuk orang lain. Ingatlah tugas kita sebagai KHALIFAH di muka bumi Allah ini. Lakukan ibadah, amal jariah dan bantu orang sekeliling kita. Janganlah bila dah sakit nanti baru teringat tikar sejadah pula.

Muda Sebelum Tua
Gunakan masa kita di usia muda ini sebaik mungkin. Tak salah untuk kita berusaha mencari KEMEWAHAN bagi mendapat kehidupan yang lebih baik disamping tidak lupa kepadaNya. Bila dah sampai satu ketika nanti takde lah masih sibuk bekerja mencari sesuap nasi lagi. Ambil sedikit masa berusaha bersungguh-sungguh untuk bekalan di masa hadapan. Alangkah seronoknya jika pada umur 40 tahun nanti kita dah tak perlu berhempas pulas bekerja dan dapat meluangkan masa untuk kerja-kerja amal. Lagi seronok kalau boleh ke tanah suci sekerap mungkin untuk menunaikan umrah dan haji!

Kaya Sebelum Miskin
Waktu kita kaya dan berharta adalah waktu untuk kita MEMBANTU orang lain. Kalau dah sentiasa miskin, macam mana kita nak membantu? Takkan kita nak sentiasa mengharap bantuan dari orang lain atau pihak-pihak yang tertentu? Bukankah tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima? Gunakan kekayaan yang ada untuk mendapat keuntungan di akhirat kelak.

Lapang Sebelum Sempit
Gunakanlah waktu yang lapang untuk MEMPERBAIKI DIRI dengan mendalami ilmu agama. Ianya juga adalah sebagai bekalan untuk kemudian hari nanti. Elakkan dari memenuhi masa lapang kita untuk keseronokan semata-mata.

Hidup Sebelum Mati
Ketika kita masih hidup, empat perkara di atas masih boleh kita penuhi. Tapi kalau dah mati nanti, hanya doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan amal jariah sahaja yang akan membantu kita. Ketika ini segalanya telah berakhir. Adakah sudah cukup bekalan kita?

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu itu dalam kerugian, KECUALI
yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH. Mereka berpusu-pusu dengan
KEBENARAN dan berpusu-pusu dengan KESABARAN"
(Surah al-Asr, ayat 1-3)