Thursday, 25 October 2012

3 Bulan Lepas & 3 Bulan Akan Datang

Wahh lamanya tak ber'blogging', 3 bulan juga rupanya, hehe.. Apa nak buat sentiasa 'on the go', kalau guna tablet pun rasanya tak sempat juga. Tapi tiba-tiba malam ni gatal pulak nak meng'update'. Alhamdulillah saya masih lagi sihat hingga ke hari ini, belum demam lagi untuk tahun ni, harap-harap akan sentiasa sihat, tapi kalau Allah kurniakan sakit pun apa salahnya sebab setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya kan.

Alhamdulillah Allah murahkan rezeki kebelakangan ini. Walaupun tak berjaya mencapai target income 5 digit, tapi syukur dengan pencapaian bulan ini. Memang rasa agak letih, tapi sangat berbaloi berbanding dengan masa bekerja makan gaji dulu. Kerja gila-gila, OT maksimum tapi cukup bulan buat bayar hutang je, hehe.. Mungkin betul apa yang orang katakan, keberkatan tu jauh lebih penting jumlah yang kita dapat. Kadang-kadang penat kita usahakan tapi takde hasil. So apa yang perlu kita buat adalah muhasabah diri, cari di mana kesilapan. Ehh.. betul ke ada buat silap.. Mungkin cara kerja dah betul, usaha dah maksimum, tapi cuba lihat pada niat pula. Kita nak dapatkan income untuk apa, adakah semata-mata untuk diri sendiri, keluarga atau untuk membantu orang lain?



Mula-mula masa saya bekerja sendiri dulu, matlamat utama dah tentu nak dapatkan income yang lebih baik daripada makan gaji. Kemudian bila income tak stabil, kejap banyak, kejap sikit, kejap ada, kejap takde, dah mula terfikir semula, adakah betul jalan yang saya pilih ni? Secara jujurnya pernah juga terfikir nak cari kerja semula. Tapi bila difikir-fikir semula, takkan nak patah balik? So, saya teruskan juga. Ya memang betul buat 'sales' bukan kerja yang mudah. Kena ada skill, kena ada strategi, tapi dari mana nak dapat? Dah tentu dari pengalaman, kalau tak teruskan, macam mana nak ada pengalaman kan?

So saya letak dalam hati, niat buat 'sales' untuk bantu orang lain. Bantu orang untuk memiliki kediaman, bantu orang untuk memulakan pelaburan, bantu orang untuk tambah pendapatan dan lain-lain. Alhamdulillah dapat bantu beberapa orang rakan untuk dapatkan 'property' sebagai tapak pelaburan. Walaupun mungkin income saya tak seberapa di situ, tapi rasa puas hati kerana dapat berkongsi ilmu yang ada. Kan Robert T.Kiyosaki pun dah pesan dalam post saya sebelum ni, lebih kurang inilah maksudnya..

"Ubah fokus dari duit kepada berkhidmat, kerana dari khidmat itu akan datangnya duit!! "

Selain itu, ilmu kalau disimpan sendiri rugi je nanti. Tapi ada juga orang yang 'kedekut' nak kongsi ilmu, takut orang lain lebih maju! Hahaha.. apa nak risau, rezeki Allah yang tentukan, biarlah kalau orang lain lebih maju dari kita, kita jadikanlah contoh untuk diri sendiri. InsyaAllah saya akan kongsi apa yang saya tahu walaupun saya ni takdelah 'expert' mana pun.

Salah seorang lagi yang dapat saya bantu adalah sepasang suami isteri yang baru berumur 25 tahun. Alhamdulillah hajat mereka untuk memiliki rumah sendiri telah termakbul. Inilah rumahnya..


Hmm macam kenal je rumah ni. Hehe mungkin ramai kenal kot. Inilah rumah yang kami  sekeluarga diami sejak tahun 2008. 

"Ehh.. kenapa jual? Dah elok-elok ada rumah jual pulak? Korang ni dah fikir masak-masak ke? Orang lain sibuk nak beli rumah sendiri, korang jual pulak!" 

Macam-macam soalan yang keluar dari kawan-kawan dan sedara-mara kami suami isteri. Kalau ikutkan memang sayang nak jual, lokasi pun boleh dikatakan sangat bagus, ada exit highway Kesas, depan padang, dekat dengan surau lagi, macam-macam lagi lah. Kenangan pun banyak di sini. Tapi saya berpegang pada satu prinsip..

Nak berjaya kena ada pengorbanan, kalau takut nak berkorban JANGAN bermimpi untuk berjaya!! 

Memang kami merancang sesuatu, perancangan yang telah dibincang bersama orang yang berpengalaman dan telah difikir semasaknya. Semoga Allah memudahkan perjalanannya nanti, insyaAllah Aminn.. 

P/S: Malam tadi baru je sign SPA dengan 'future owner' rumah ni, so ada masa 3 bulan je lagi untuk tinggal di Bandar Puteri Klang ni. Masa untuk mengemas!