Tuesday, 14 February 2012

Jom Charity!

Dari Abu Ubaidah bin Jarah R.A telah berkata : Rasulullah S.A.W bersabda ;
Sesiapa yang menginfakkan (mendermakan) hartanya pada jalan Allah, maka Allah
akan membalasnya dengan 700 kali ganda di akhirat kelak. Dan sesiapa yang
menginfakkan (mendermakan) hartanya untuk dirinya dan ahli keluarganya, atau untuk
menziarahi orang sakit, atau menghilangkan halangan di jalan, maka Allah akan
membalas satu kebaikan dengan 10 ganjaran di akhirat.
(Hadith riwayat Imam Ahmad)


Di atas kesedaran sosial dan keinginan untuk membantu, saya bersama beberapa orang rakan ingin mengadakan satu Program Charity untuk membantu sebuah sekolah Tahfiz di Klang. Kami bukanlah pertubuhan NGO mahupun badan politik,cuma sekadar kenalan yang ingin bersama-sama berbakti kepada orang ramai dan mengeratkan ukhwah sesama Islam.

Lokasi : Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith, Rantau Panjang, Klang
Tarikh : 19 Febuari 2012 (Ahad)
Masa : 12.00pm hingga 5.00pm

Atas sumbangan orang persendirian, madrasah ini telah dibina sedikit demi sedikit secara gotong royong dan telah dibuka pada bulan Ogos 2011. Kini telah mempunyai hampir 40 orang pelajar dari seluruh Malaysia. Dengan bilangan pelajar yang semakin bertambah, kos penyelenggaran dan pengurusan semakin bertambah dari hari ke hari. Dengan niat ingin melahirkan ramai ilmuan Islam yang akan menyebarkan ilmu dan dakwah ke seluruh dunia kelak, pihak pengurusan amat berbesar hati sekiranya kita dapat memberi sedikit bantuan kewangan. 




Rumah yang telah diubahsuai dan dijadikan tempat pengajian untuk hampir 40 orang pelajar dari seluruh Malaysia




4 buah kabin hasil sumbangan orang ramai yang telah diubahsuai dan dijadikan surau dan kelas pengajian
Sebahagian dari AJK madrasah. Roslan Ariffin (kanan sekali) adalah rakan sekerja saya satu ketika dahulu. Semoga Allah membantu kalian yang perjuang di jalanNya


Segala sumbangan ikhlas boleh disalurkan terus kepada ;

1. Mohamad Faizul bin Zamrod (019-2109179)
    Maybank 162414085818
2. Azwan bin Yassin (019-6211402)
    CIMB 12130029520529
3. Ahmad Hafidz bin Mohamad (019-6636390)
    RHB 11222800219565


Cek boleh disalurkan di atas nama ;
MADRASAH 'ULUMULQURAN WAL AHADITH 

Bagi yang berkelapangan, boleh turut serta bersama kami. Aktiviti yang telah dirancang adalah seperti berikut ;

12.00pm - 2.00pm
- berkumpul di Bintang Walk Seksyen 7 Shah Alam
- makan tengahari sambil berkenalan
- solat Zuhur
2.00pm
- bergerak ke madrasah
2.30pm
- tiba di madrasah
- sesi perkongsian bersama para pelajar & guru
- sesi pemberian sumbangan
4.30pm
- solat Asar berjemaah
5.00pm
- minum petang (tempat akan diberitahu kemudian)
- bersurai

Harapan kami agar kita sama-sama dapat membantu mereka yang berjuang di jalan Allah. Biarpun hanya sedikit, hatta hanya 50sen yang mampu kita berikan, tapi pasti sangat bererti buat mereka. Niatkan seikhlas yang mungkin, Insyaallah pasti akan ada ganjarannya nanti, di dunia mahupun di akhirat kelak.

Mohon dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.


p/s: seorang sifu saya pernah berkata - jangan kedekut ketika miskin kerana akan jadi bakhil masa kaya kelak..

No comments:

Post a Comment