Tuesday, 27 March 2012

Dulu Boleh.. Sekarang?

Pejam celik, pejam celik, tinggal hanya beberapa hari sahaja untuk kita melangkah ke bulan April 2012. Cepat betul masa berlalu. Kadang-kadang hampir terlupa umur pun dah 32 tahun!! Hehe.. rasa macam baru je lagi berkonvoi naik motosikal ke sekolah untuk ambil keputusan SPM.

Bila cerita pasal SPM, baru-baru ni keputusan SPM 2011 dah dikeluarkan. Alhamdulillah ramai yang dapat keputusan cemerlang. Tahniah adik-adik sekelian!! Harap ianya akan menjadi pemangkin untuk terus menuntut ilmu, demi mengejar impian masing-masing. Tapi jangan lupa, keputusan yang bagus hari ini bukan penentu kehidupan anda nanti. Yang penting adalah TERUS BERUSAHA.

Imbas kembali kisah tahun 1998, ketika mengambil keputusan SPM. Memang rasa sangat-sangat bersyukur dengan keputusan yang saya dapat ketika itu. Kalau diikutkan, saya bukanlah dari kalangan pelajar yang pintar, masuk sekolah semasa tingkatan satu pun kelas last sekali tau (siapa yang satu sekolah tahu lah kelas apakah itu, hehe..). Dah la kelas kategori last, tempat pun betul-betul hujung bangunan pulak tu!! Memang banyak memori kat sana. Kalau dapat berkumpul semula dengan kawan-kawan sekolah, memang sampai pagi tak habis cerita!!

Kenangan bersama rakan-rakan semasa PREP di SMKASL, terselit di belakang Opie (kiri sekali), hehe..
Dipendekkan cerita, semasa PMR (1995) pun keputusan tak berapa bagus. Dapat 5A3B1C je. Apa yang C tu? Hehe.. biarlah sendiri yang tahu. Ramai lah kawan-kawan yang dapat keputusan yang bagus berhijrah ke sekolah lain. Ada yang ke MRSM, Kolej Islam Klang dan macam-macam sekolah yang lebih bagus. Tinggal la segelintir kami menyambung perjuangan di SMKASL. Bila nak masuk tingkatan 4 satu hal pula lagi, tak tahu nak masuk kelas apa. Nak masuk kelas Sains tak layak, kelas Ekonomi kena belajar Bahasa Arab Komunikasi pulak, takkan nak masuk kelas Sastera kot!! Hanya ada satu pilihan, kelas Prinsip Akaun. Hehe.. menjadikan kelas yang teramai pelajar diantara empat kelas yang ada. Tapi masalahnya susah pulak nak faham Prinsip Akaun nih, kena belajar Add Math sekali pulak tu. Aduhh.. macam mana ni.

Masa tu keputusan exam penggal so-so je. Paling best sekali masa awal tingkatan 5, siap dapat SAP lah!! Nahh.. penangan baik punya. Sendiri mau ingat lah, lepas tu kena 'basuh' dengan cikgu-cikgu dan kena hantar ke kursus motivasi. Setelah mendapat 'suntikan' dari berbagai pihak, saya cuba yang terbaik semasa percubaan SPM. Siap bertapa dalam kelas sorang-sorang, struggle study tak nak orang ganggu punya pasal. Alhamdulillah dapat pangkat satu walaupun dah hujung-hujung agregat. Hmm.. boleh jugak rupanya ye.

Then masa SPM 1997 saya cuba yang terbaik. Abah siap janji nak belikan motosikal kalau dapat keputusan yang bagus. Dengan berbekalkan semangat dari abah, mak dan para guru, saya berusaha study betul-betul, banyakkan berdoa dan bertawakal. Alhamdulillah dapat pangkat satu dengan 13 agregat!! Macam tak percaya, 5-6 kali tenung slip keputusan tu. Mungkin taklah hebat mana, tapi bagi saya, ianya antara pencapaian terbaik pernah saya buat.

Itu 15 tahun yang lepas. Bila difikir-fikir semula, kalau dulu saya boleh lakukan sesuatu yang payah, kenapa sekarang tak boleh? Sekarang saya berjuang untuk kehidupan saya dan keluarga, untuk mendapatkan kebebasan kewangan, supaya satu hari saya ada masa yang berkualiti bersama famili dan mampu untuk berbuat amal kebajikan. Sebenarnya sama je, kalau dulu saya berjuang untuk berjaya dalam peperiksaan, sekarang berjuang untuk kehidupan. So, apa alasan saya untuk tidak berjaya? Dulu boleh kenapa sekarang tak boleh?

Kita semua adalah JUARA!! Kalau tak, mana mungkin kita berada di atas muka bumi ini. Yang penting, jika ada impian, kejar dan berusaha sebelum terlambat. Jangan sampai satu hari nanti apabila kita dah tua baru tersedar - kenapalah aku tak berusaha dulu? Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Tu untung kalau tua, kalau tak sempat tua? So, manfaatkan lah masa yang ada kerana masa takkan berulang kembali..

p/s: memori SMKASL memang takkan dilupakan selamanya

No comments:

Post a Comment