Friday, 20 July 2012

Dari Internet

Kadang-kadang rasa kelakar juga bila baca komen orang yang mengatakan internet punca kejahatan. Hehe.. setuju ke? Saya sangat tak setuju, sebenarnya setiap perkara ada kelebihan dan kekurangannya. Yang penting adalah cara kita kendalikannya. Sebagai contoh, beli motor kapcai untuk pergi keje, kedai, surau, bawa anak-anak bersiar-siar, dan lain-lain, dah tentu jadi kebaikan. Tapi kalau motor kapcai tu kita modified untuk berlumba haram, berjudi pulak lagi, dah jadi sebaliknya. So, wajar ke kita salahkan kedai motor yang menjual motor kepada kita? Hehe.. budak belum akil baligh pun bole fikir kan.

Saya sendiri suka pada Facebook, Twitter, Blog dan bermacam-macam lagi, sebab daripadanya kita bole belajar berbagai-bagai perkara. Contoh kita tengok dalam FB, mungkin dulu masa mula-mula kewujudannya adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama manusia di muka bumi ni. Tapi cuba lihat hari ni, masing-masing tak lokek untuk berkongsi ilmu, klik 'Share' je kan. Alhamdulillah saya sendiri dapat lihat bagaimana FB boleh mengubah cara berfikir beberapa kenalan. Kalau dulu hanya bersembang kosong, tapi hari ini bole berkongsi cerita pasal agama, semangat, dan bermacam-macam lagi. Hebat kan?

Salah satu motivation quote dari Robert T.Kiyosaki, dikongsi oleh salah seorang sahabat FB, lebih bagus dari baca sesetengah akhbar yang penuh dengan cerita negatif
Dari FB juga saya dapat berjumpa kembali dengan kenalan dan saudara mara yang lama tak jumpa. Salah seorangnya adalah seorang saudara yang berada di luar negara, yang mana perbezaan umur antara kami agak jauh. Memang sangat jarang berjumpa sebelum ini, dan kalau berjumpa pun masa kenduri kendara lah pun. Alhamdulillah melalui internet dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Chat punya chat, saudara saya ini menyatakan hasrat ingin membeli sebidang tanah sebagai kediamannya 1 hari nanti. Memandangkan saya adalah seorang ejen hartanah sebelum ini, dia berbesar hati untuk mendapatkan bantuan saya.

Saya pun setuju. Kawasan yang menjadi pilihan adalah Janda Baik, Pahang. Satu kawasan yang tak pernah saya kunjungi sebelum ini. Setelah membuat sedikit research, dapatlah beberapa tempat yang berpotensi. Saya pun membuat lawatan ke sana. Taklah besar mana Kg Janda Baik ni, pertama kali datang pun dah 3 kali tawaf keliling kampung, hehe.. Tapi memang menarik sebab berada di kawasan yang agak tinggi, dengan suasana tenang dan menghijau. Memang sesuai untuk beristirehat. 

Sejuk mata memandang
Bumbung merah adalah SaufiVille Resort, berada 1860 kaki dari aras laut, kalau waktu pagi memang berkabus kawasan ni.

Banyak juga kediaman milik VVIP ternama di sini. Kebanyakannya dijadikan rumah persinggahan dan tidak kurang juga yang membuat pelaburan dengan mendirikan resort di sini. Tak hairanlah kalau satu hari nanti harga di sini akan mencecah beberapa juta hanya untuk seekar tanah, sebab sekarang ni pun dah ada pemilik tanah yang menawarkan sebidang tanah berkeluasan 3 ekar dengan harga RM3 juta!! Gullppp!! Alasannya lokasi tanahnya sangat strategik - tepi jalan utama. Harga makanan pun boleh tahan juga - sup tulang, nasi putih, telor dadar beserta air suam = RM8.50, standard KL dah ni. Mungkin sebab bukan orang tempatan, harga lain sedikit kot, hehe..

Dalam banyak-banyak tempat yang telah dilawati, ada satu lokasi yang menarik perhatian saya. Di atas tanah seluas 1.5 ekar, terdapat dusun buah-buahan, sebuah rumah kampung, dua buah kolam beserta sebuah gazebo di tepinya. Air kolam pula dialirkan dari anak sungai. Kawasan pula bertanah rata, kalau hendak berkhemah, beriadah dan berBBQ memang sangat sesuai lah. Bayangkan saudara mara dan sahabat handai berkumpul di sini, best kan. Cuma harganya masih di luar kemampuan, kalau mampu memang nak beli, hehe..

Kolam dah tersedia, nak buat kolam mandi boleh, nak bela ikan pun boleh


Apapun seronok juga berada di Janda Baik ni, lokasinya pun tak jauh dari KL, hanya 30 minit je. Nak ke Genting Highlands pun dekat. Aktiviti? Macam-macam ada, boleh mandi sungai, jungle-tracking, paintball dan lain-lain lagi. Dengan pemandangan Banjaran Titiwangsa yang menghijau, udara yang nyaman dan bersih, memang sangat sesuai untuk mereka yang ingin jadikan tempat ini sebagai kediaman selepas bersara nanti.


Kisah Si Motor

Wahh.. Dah sebulan rupanya tak blogging, last update ari tu pun rasanya sebab dapat curi masa sikit. Hehe.. sibuk sangat mengalahkan PM la plak gamaknya. Apapun Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas hingga ke hari ni.

Lama tak update ni, rasa terlalu banyak benda yang nak dikongsi. Macam-macam agenda dan peristiwa yang dah terjadi. Apa pun rasanya pertengahan tahun 2012 adalah satu tempoh yang agak mencabar dalam hidup ni, cabaran dalam kerjaya, kehidupan dan berbagai-bagai la.

Salah satu kisahnya berkisar tentang sebuah motor, bukan calang-calang motor pulak tu. Superbike ni milik seorang rakan baik, yang mana dibeli dari Naza Bikes awal tahun lepas, tapi atas sebab-sebab tertentu (bukan sebab tak mampu bayar), motor ni telah dijual kepada sebuah kedai superbike bernama 'M' yang agak gah di Lembah Klang ni. Ehh.. genap setahun la rupanya sebab jual dulu pun memang sebelum puasa.

Inilah dia Yamaha YZF R1 '09, amacam ada gaya pinjam tak? Memang pun!! Hihihi...

So dipendekkan cerita, kedai motor ni janji bila dapat buyer je akan buat full settlement pada Naza  Bikes dan terus tukar nama. Kawan saya ni pun setuju la, dan apa yang menariknya, tak lama lepas tu ada seorang bro ni beli. Tapi masalah bermula awal tahun ni apabila owner dan gurantor dah mula 'dilawati' oleh surat-surat dari Naza Bikes, motor ada outstanding 2 bulan la, 3 bulan la. Aikk.. apa dah jadi ni. Owner pun pergi mendapatkan penjelasan kedai 'M' dan memang best, kedai 'M' tak buat pun full settlement seperti yang dijanjikan. Kedai 'M' berjanji akan selesaikan tun,ggakan dan buat tukar nama dalam masa terdekat (janji lagi).

Tapi janji tinggal janji, akhirnya bulan lepas pihak Naza Bikes call owner dan beritahu dah ada 5 bulan tunggakan. Sebulan RM1,100++, so kalau 5 bulan? Banyak tu.. Surat tarik pun dah keluar dan tunggu masa je untuk minta lawyer buka fail saman.  Owner dah tepuk dahi, nak tak nak kena juga cari motor ni sebelum disumbat ke dalam stor. Berkat bantuan rakan-rakan lain, Alhamdulillah kami dapat jejaki motor ni. tapi masalahnya yang guna sekarang ni 'abang kawasan' la pulak!! Memang betul tak perlu takut pada orang, tapi tak nak la hal ni jadi meleret-leret nanti. So dari plan A, tukar ke plan B. Rupanya tak jalan jugak. Sudahnya tukar pula ke plan C, Alhamdulillah kedai 'M' mengaku kesilapan mereka dan terus menjelaskan 3 bulan tunggakan. Ok, ada lagi 2 bulan tau, jangan buat-buat lupa!!

Hampir 2 minggu sibuk melayan hal ni, dan di masa ini lagi nampak siapa kawan kita yang sebenar (sebelum ni pun dah nampak, hehe..). Waktu senang memang ramai yang nak berkawan, tapi masa susah tak ramai yang nak tolong, betul kan. Perkara ni pun tak setel lagi, cuma dapat selamatkan keadaan buat sementara waktu. Takpelah, mungkin selepas ni kami pergi ke plan D pula, hehe..

So, sebagai pengajaran, kalau ingin membeli kenderaan ke, hartanah ke, atau apa saja, pastikan anda berurusan dengan orang yang betul, dan yang paling penting, ada dokumen yang sah, paling tak pun, salinan dokumen pun dah ok (bro yang beli motor ni pun konfiden motor tu kedai 'M' punya, padahal nama orang lain!!). Tu sebab kalau ada orang minta tolong jualkan tanah, benda pertama saya akan tanya - Ada dokumen? Kalau takde. tak payah lah buang masa, mungkin urusniaga takkan menjadi atau yang sebenarnya tanah pun tak wujud!! Haa.. jangan tak percaya dah pernah berlaku tau. Zaman sekarang macam-macam cara orang nak menipu duit kita, so berhati-hatilah ye..