Wahh.. Dah sebulan rupanya tak blogging, last update ari tu pun rasanya sebab dapat curi masa sikit. Hehe.. sibuk sangat mengalahkan PM la plak gamaknya. Apapun Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas hingga ke hari ni.
Lama tak update ni, rasa terlalu banyak benda yang nak dikongsi. Macam-macam agenda dan peristiwa yang dah terjadi. Apa pun rasanya pertengahan tahun 2012 adalah satu tempoh yang agak mencabar dalam hidup ni, cabaran dalam kerjaya, kehidupan dan berbagai-bagai la.
Salah satu kisahnya berkisar tentang sebuah motor, bukan calang-calang motor pulak tu. Superbike ni milik seorang rakan baik, yang mana dibeli dari Naza Bikes awal tahun lepas, tapi atas sebab-sebab tertentu (bukan sebab tak mampu bayar), motor ni telah dijual kepada sebuah kedai superbike bernama 'M' yang agak gah di Lembah Klang ni. Ehh.. genap setahun la rupanya sebab jual dulu pun memang sebelum puasa.
Inilah dia Yamaha YZF R1 '09, amacam ada gaya pinjam tak? Memang pun!! Hihihi... |
So dipendekkan cerita, kedai motor ni janji bila dapat buyer je akan buat full settlement pada Naza Bikes dan terus tukar nama. Kawan saya ni pun setuju la, dan apa yang menariknya, tak lama lepas tu ada seorang bro ni beli. Tapi masalah bermula awal tahun ni apabila owner dan gurantor dah mula 'dilawati' oleh surat-surat dari Naza Bikes, motor ada outstanding 2 bulan la, 3 bulan la. Aikk.. apa dah jadi ni. Owner pun pergi mendapatkan penjelasan kedai 'M' dan memang best, kedai 'M' tak buat pun full settlement seperti yang dijanjikan. Kedai 'M' berjanji akan selesaikan tun,ggakan dan buat tukar nama dalam masa terdekat (janji lagi).
Tapi janji tinggal janji, akhirnya bulan lepas pihak Naza Bikes call owner dan beritahu dah ada 5 bulan tunggakan. Sebulan RM1,100++, so kalau 5 bulan? Banyak tu.. Surat tarik pun dah keluar dan tunggu masa je untuk minta lawyer buka fail saman. Owner dah tepuk dahi, nak tak nak kena juga cari motor ni sebelum disumbat ke dalam stor. Berkat bantuan rakan-rakan lain, Alhamdulillah kami dapat jejaki motor ni. tapi masalahnya yang guna sekarang ni 'abang kawasan' la pulak!! Memang betul tak perlu takut pada orang, tapi tak nak la hal ni jadi meleret-leret nanti. So dari plan A, tukar ke plan B. Rupanya tak jalan jugak. Sudahnya tukar pula ke plan C, Alhamdulillah kedai 'M' mengaku kesilapan mereka dan terus menjelaskan 3 bulan tunggakan. Ok, ada lagi 2 bulan tau, jangan buat-buat lupa!!
Hampir 2 minggu sibuk melayan hal ni, dan di masa ini lagi nampak siapa kawan kita yang sebenar (sebelum ni pun dah nampak, hehe..). Waktu senang memang ramai yang nak berkawan, tapi masa susah tak ramai yang nak tolong, betul kan. Perkara ni pun tak setel lagi, cuma dapat selamatkan keadaan buat sementara waktu. Takpelah, mungkin selepas ni kami pergi ke plan D pula, hehe..
So, sebagai pengajaran, kalau ingin membeli kenderaan ke, hartanah ke, atau apa saja, pastikan anda berurusan dengan orang yang betul, dan yang paling penting, ada dokumen yang sah, paling tak pun, salinan dokumen pun dah ok (bro yang beli motor ni pun konfiden motor tu kedai 'M' punya, padahal nama orang lain!!). Tu sebab kalau ada orang minta tolong jualkan tanah, benda pertama saya akan tanya - Ada dokumen? Kalau takde. tak payah lah buang masa, mungkin urusniaga takkan menjadi atau yang sebenarnya tanah pun tak wujud!! Haa.. jangan tak percaya dah pernah berlaku tau. Zaman sekarang macam-macam cara orang nak menipu duit kita, so berhati-hatilah ye..
No comments:
Post a Comment