Friday, 20 January 2012

Adab & Sunat Hari Jumaat

Pejam celik, pejam celik dah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu. Ramai yang kata Jumaat adalah penghulu segala hari, tapi apakah yang perlu kita lakukan untuk 'menghadap penghulu' ni? Jom kita kongsi sama-sama..




1. Banyakkan BERDOA kerana terdapat banyak masa yang mustajab doa di hari Jumaat.

2. Bersedia menghadapi hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan ;

- MENCUCI kain & baju 
- banyakkan BERTASBIH & BERISTIGHFAR

3. Sunat MANDI diantara waktu terbit fajar sehingga waktu solat Jumaat didirikan. Paling afdal adalah sebelum pergi solat Jumaat.

4. Sunat memakai pakaian PUTIH.

5. Sunat memakai WANGI-WANGIAN seperti kasturi, makhruh memakai zabad (kerana menyerupai pakaian perempuan)

6. Sunat MEMBERSIHKAN DIRI ;

- menghilangkan bau busuk badan
- mencukur bulu ari-ari 
- memotong misai 
- mengerat kuku
- bersugi 
- mencabut bulu ketiak

7. Sunat pergi ke masjid di AWAL WAKTU dengan ;

- berjalan kaki
- hati sentiasa mengingati Allah
- membaca Al-Quran 
- bersalawat.

8. Apabila masuk ke masjid dituntut berada di SAF PERTAMA.

9. Jangan MELANGKAH bahu orang lain.

10. Jangan duduk sehingga didikan SOLAT TAHIYATUL MASJID & memadai sekadar 2 rakaat. Jangan meninggalkan solat itu sekalipun ketika khatib membaca khutbah.

11. Sunat MEMBACA surah al-Kahfi.

12. Perbanyak membaca SALAWAT kepada Rasulullah S.A.W.

13. Sunat MENDENGAR khatib membaca khutbah (jangan menyibukkan diri dengan amalan yang lain seperti membaca al-Quran, berzikir atau berselawat)

14. Setelah SELESAI Solat Jumaat, sunat tidak berkata-kata sebelum membaca ;

- al-Fatihah (7 kali)
- al-Ikhlas (7 kali)
- al-Falaq (7 kali)
- an-Nas (7 kali).

15. Setelah selesai solat Jumaat, sunat DUDUK di masjid sehingga Asar atau Maghrib dengan niat iktikaf.

16. Perbanyakkan DOA sepanjang hari Jumaat dengan khusyuk & tawadu’, kerana terdapat masa mustajab doa oleh Allah pada hari Jumaat.

17. Antara masa yang MUSTAJAB untuk berdoa adalah ;

- waktu terbit matahari
- waktu gelincir matahari
- ketika iqamat
- ketika khatib naik ke mimbar
- ketika berdiri untuk bersolat.
 

18. Sunat memperbanyak SEDEKAH.

Wallahua’lam..

Rujukan: Kitab Hidayatus Salikin (Syeikh Abus-Shamad Al-Falimbani)



p/s: amalkan bersedekah pada setiap ketika, biarpun sedikit tapi berpanjangan..

No comments:

Post a Comment