Saturday, 21 January 2012

Cuti Tahun Baru Cina

Esok atau lusa dah tiba masa untuk kaum Cina menyambut perayaan besar mereka - Tahun Baru Cina. Kalau masa kerja dulu, sebulan sebelum perayaan ni, tempat kerja dah dihujani dengan limau mandarin. Hari-hari makan limau sampai naik jemu, haha..

Perkara yang selalu kita terfikir bila Tahun Baru Cina ni adalah kedai. Tak kira la kedai runcit, pasaraya, bengkel atau berbagai-bagai pasti akan tutup masa ni! Bukan 1-2 hari, malahan ada yang sampai seminggu lamanya. Aduhh.. sampai nak beli gula pun susah. Kenapa? Sebab kebanyakan pemilik kedai adalah kaum Cina, betul tak? Cuma segelintir je dimiliki oleh kaum lain. Hmm.. memang masalah..

Ke mana mereka ni cuti lama-lama? Kebanyakannya mereka ni akan pergi menziarah sanak saudara dan melancong bersama keluarga. Jadi, semasa musim cuti ni memang semua tempat penuh. Sebut je la kat mana pun, pasti penuh. Satu hal lagi ni. Tapi masa ni juga la kita akan ambil kesempatan untuk bawa keluarga bersiar-siar, betul tak? Mana taknya, hari biasa dah sibuk bekerja.

Teringat semasa kami sekeluarga bersama keluarga Hazlina (kawan rapat isteri) bercuti ke Pulau Pangkor semasa cuti Tahun Baru Cina 2010. Perghh.. agak mencabar juga nak bercuti rupanya!

Cabaran pertama - mencari parking kereta di Lumut. Pusing punya pusing dapat juga la tapi agak jauh menapak ke jeti, itu pun parking bawah pokok. Kalau tumbang pokok, alamat balik naik bas la, dah la baru tukar kereta masa tu, hehe..

Cabaran kedua - hampir 2 jam beratur kat jeti sebelum naik feri! MasyaAllah dah macam semut dapat gula. Tu pun dapat potong barisan sebab dapat keutamaan pada keluarga yang ada anak kecil (so lepas ni pastikan ada anak kecil ye, haha..). Akhirnya sampai la ke destinasi..


Balik bercuti tu terfikir, kalau lah dapat pergi bercuti bukan waktu cuti sekolah atau cuti umum mesti seronok! Yelah, orang tak ramai, nak bersiar-siar pun senang. Hotel/chalet pun dah tentu murah. Tapi takkan nak ambil cuti panjang pulak, nanti kalau ada apa-apa hal, dah susah nak cuti lagi. Hmm.. kena jadi CEO la macam ni, tapi belajar pun 'tinggi' sangat, ada ke peluang ke nak jadi CEO? Hihihi..

2 comments: