Kat mana pulak Teluk Senangin ni? Hehe.. memang ramai yang tak tau. Terletak bersebelahan dengan Damai Laut, Lumut. Lebih kurang 15-20 minit perjalanan dari Sitiawan atau Lumut. Boleh tanya uncle Google Maps! Kami pernah berkunjung ke sini 2-3 tahun lepas dan nampaknya banyak perubahan dah berlaku. Harga tanah pun dah melambung! Hmm.. tempat peranginan pun dah berubah, kalau manusia tak nak berubah tak tahu la ye tak.
Dulu takde apa pun, hanya beberapa buah chalet je. Syabas negeri Perak kerana memajukan kawasan ni. |
Perjalanan agak mencabar sebab terpaksa berpusu-pusu dengan orang yang nak balik kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Perjalanan dari Klang ke Teluk Senangin hampir 6 jam!! Sepatutnya lebih kurang 3 jam je. Haihh.. tak serik-serik nak jugak bercuti masa ni, tapi apa nak buat sebab nak bercuti bersama orang yang bekerja, masa ni la pun diorang cuti.
Work in progress. Abg Idzanee jadi Supervisor pulak! |
Adik Sara yang tak tau nak letih! |
Dah penat mandi, layan BBQ pula |
Tak banyak gambar pun sebabnya kurang seronok nak 'snap' guna handphone. Kena beli DSLR baru betul-betul rajin kot, hehe.. Kami menginap hanya satu malam di De Idaman Chalet, milik ayah mertua kepada suami adik angkat Pn Zabidah (berapa punya panjang da..)
Kawasan ni masih 'segar' dan tenang. Memang sesuai untuk beristirehat sambil menenangkan fikiran, atau adakan hari keluarga dan yang seumpamanya. Nak mandi manda pun takde lah sesak macam di Port Dickson atau di Teluk Batik. Harap lepas ni dapat luangkan masa di sini bersama lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan. Kita buat aktiviti yang btul-betul berbaloi!!
p/s: bila dah ada anak, perkara paling seronok adalah melihat telatah mereka, betul tak?
mad, ni tempat istimewa aku n wife. alhamdulillah 9 bulan kemudian lahirlah insan istimewa dlm dunia kami
ReplyDeletehehe yeke bro,bole la kita bwk kwn2 kita pulak lps ni..
ReplyDeletebolela bawak family banting plak pasni..
ReplyDelete