Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Friday, 23 March 2012

Sehari Bersama Famili

Wahh.. lama betul tak update. Apa taknya, pagi dah keluar mencari rezeki, malam baru sampai rumah. Tapi belum pernah rasa letih lagi sebab semangat sentiasa ada. Buat kerja pun bukan susah sangat, bukan kena menyangkul ke, berjemur tengah panas ke, tapi paling bagus sekali, ada ramai kawan-kawan yang sentiasa membantu, sama-sama menjalankan perniagaan.

Dalam sibuk-sibuk berniaga, sempat juga la luangkan masa dengan famili juga. Kalau dulu, dah la kerja sampai tengah malam, Ahad ke, public holiday ke, semua langgar sebab nak kejar target OT. Syukur Alhamdulillah atas apa yang Allah kurniakan sekarang ni. Cuma belum masanya lagi untuk berehat, ada lebih kurang 8 tahun lagi, lepas tu Insyaallah dah boleh spend masa untuk famili sepenuhnya, dan yang paling penting, boleh buat apa yang disukai pula.

So last weekend, sempat la meluangkan masa menghadiri kenduri cukur jambul seorang sahabat masa belajar dulu, Idris Pathan di Ampang. Walaupun sampai dah dekat pukul 4 petang, tapi dapatlah juga bertemu dengan beberapa orang rakan lagi.

Sengih sampai ke telinga nampak!!

Tahniah bro!! Dah ada sepasang cahaya mata, kena kerja keras lagi la nampaknya, hehe.. Selesai makan, kami bergerak ke Putrajaya, nak tengok Hot Air Balloon 2012. Selama ni dok tengok dalam berita je, teringin juga nak tengok sendiri ye tak.

Selepas singgah solat Asar di hentian Highway MEX dan mengharungi jem yang panjang di Putrajaya, akhirnya dapatlah juga tempat parking. Betul-betul tepi traffic light! Hehe.. punya la ramai orang hari tu. Nak berjalan ke tempat belon panas tu satu hal lagi. Hampir 1km juga dari tempat kami parking. Nasib baik abg Idzanee & adik Sara dah puas tidor dalam kereta (sebelum sampai rumah Deris lagi, hebat kamu berdua nih!)

Tu dia.. kalah ceramah Ust Azhar Idrus, hehe..
Sebab dah lama tidor, masing-masing dah sibuk mintak makanan dan minuman (tapi kalau tak lapar pun mesti nak beli jugak, hehe..). Sambil ber'shopping', dapat la tengok beberapa belon panas naik ke udara... 


Punyalah ramai orang sampai terpaksa 'berkelah' di tepi jalan. Nak bawa budak kecik mencelah di tengah lautan orang tu memang tak sesuai. So, mama pun duduk lah menemani abg Idzanee makan, sementara papa bawa adik Sara tengok belon.





Bila dah ramai sangat manusia, Sara jadi takut nak berjalan la pulak. Terpaksa 'exercise' nampak gayanya.
Mengikut cerita yang digembar gemburkan, waktu malam lagi seronok. So kami pun berjalan lah ke Masjid Besi untuk menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu (lebih setengah kilometer juga lah!). Selesai solat, sambung lagi aktiviti...






Belum habis acara lagi, abg Idzanee dah bersuara "Mama, nak makan mi goreng.." Alahai, potong stim betul la kamu ni, haha.. Adik Sara pun dah start mengamuk, dah letih agaknya walaupun papa yang lenguh tangan mendokong kamu. Hehe.. bila dah ada anak ni kena la mengalah ye tak. So kami pun berjalan la pulang ke kereta sambil menikmati dentuman bunga api sebagai penutup majlis.




Hmm.. gambar kurang menarik. Kena beli DSLR juga la gamaknya ni, keh..keh..keh.. Sebelum pulang ke Klang, singgah sebentar makan di Rimba Klasik, Bandar Baru Bangi. Walaupun letih, tapi puas hati sebab dapat luangkan masa dengan famili. Kamu bertiga doalah untuk papa berjaya ye, nanti lagi banyak masa boleh luang dengan kamu semua ye..

Aminn...

p/s: nak masa kenalah korbankan masa, kalau asyik nak duduk rumah luang masa dengan famili tapi realitinya duit pun tak cukup, tengah bulan dah pening kepala, nk buat apa..

Tuesday, 24 January 2012

Take 5 di Teluk Senangin

Kesian Pn Zabidah hari-hari kena layan kerenah client dan orang-orang yang berkenaan (siapa yang jadi lawyer tu tau la kan, hehe..). So untuk menghilangkan penat seketika, kami bersama tiga keluarga abang iparku telah meluangkan masa berehat di Teluk Senangin, Perak.

Kat mana pulak Teluk Senangin ni? Hehe.. memang ramai yang tak tau. Terletak bersebelahan dengan Damai Laut, Lumut. Lebih kurang 15-20 minit perjalanan dari Sitiawan atau Lumut. Boleh tanya uncle Google Maps! Kami pernah berkunjung ke sini 2-3 tahun lepas dan nampaknya banyak perubahan dah berlaku. Harga tanah pun dah melambung! Hmm.. tempat peranginan pun dah berubah, kalau manusia tak nak berubah tak tahu la ye tak.

Dulu takde apa pun, hanya beberapa buah chalet je. Syabas negeri Perak kerana memajukan kawasan ni.

Perjalanan agak mencabar sebab terpaksa berpusu-pusu dengan orang yang nak balik kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Perjalanan dari Klang ke Teluk Senangin hampir 6 jam!! Sepatutnya lebih kurang 3 jam je. Haihh.. tak serik-serik nak jugak bercuti masa ni, tapi apa nak buat sebab nak bercuti bersama orang yang bekerja, masa ni la pun diorang cuti.


Work in progress. Abg Idzanee jadi Supervisor pulak!

Adik Sara yang tak tau nak letih!

Dah penat mandi, layan BBQ pula

Tak banyak gambar pun sebabnya kurang seronok nak 'snap' guna handphone. Kena beli DSLR baru betul-betul rajin kot, hehe.. Kami menginap hanya satu malam di De Idaman Chalet, milik ayah mertua kepada suami adik angkat Pn Zabidah (berapa punya panjang da..)


Kawasan ni masih 'segar' dan tenang. Memang sesuai untuk beristirehat sambil menenangkan fikiran, atau adakan hari keluarga dan yang seumpamanya. Nak mandi manda pun takde lah sesak macam di Port Dickson atau di Teluk Batik. Harap lepas ni dapat luangkan masa di sini bersama lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan. Kita buat aktiviti yang btul-betul berbaloi!!

p/s: bila dah ada anak, perkara paling seronok adalah melihat telatah mereka, betul tak?

Saturday, 21 January 2012

Cuti Tahun Baru Cina

Esok atau lusa dah tiba masa untuk kaum Cina menyambut perayaan besar mereka - Tahun Baru Cina. Kalau masa kerja dulu, sebulan sebelum perayaan ni, tempat kerja dah dihujani dengan limau mandarin. Hari-hari makan limau sampai naik jemu, haha..

Perkara yang selalu kita terfikir bila Tahun Baru Cina ni adalah kedai. Tak kira la kedai runcit, pasaraya, bengkel atau berbagai-bagai pasti akan tutup masa ni! Bukan 1-2 hari, malahan ada yang sampai seminggu lamanya. Aduhh.. sampai nak beli gula pun susah. Kenapa? Sebab kebanyakan pemilik kedai adalah kaum Cina, betul tak? Cuma segelintir je dimiliki oleh kaum lain. Hmm.. memang masalah..

Ke mana mereka ni cuti lama-lama? Kebanyakannya mereka ni akan pergi menziarah sanak saudara dan melancong bersama keluarga. Jadi, semasa musim cuti ni memang semua tempat penuh. Sebut je la kat mana pun, pasti penuh. Satu hal lagi ni. Tapi masa ni juga la kita akan ambil kesempatan untuk bawa keluarga bersiar-siar, betul tak? Mana taknya, hari biasa dah sibuk bekerja.

Teringat semasa kami sekeluarga bersama keluarga Hazlina (kawan rapat isteri) bercuti ke Pulau Pangkor semasa cuti Tahun Baru Cina 2010. Perghh.. agak mencabar juga nak bercuti rupanya!

Cabaran pertama - mencari parking kereta di Lumut. Pusing punya pusing dapat juga la tapi agak jauh menapak ke jeti, itu pun parking bawah pokok. Kalau tumbang pokok, alamat balik naik bas la, dah la baru tukar kereta masa tu, hehe..

Cabaran kedua - hampir 2 jam beratur kat jeti sebelum naik feri! MasyaAllah dah macam semut dapat gula. Tu pun dapat potong barisan sebab dapat keutamaan pada keluarga yang ada anak kecil (so lepas ni pastikan ada anak kecil ye, haha..). Akhirnya sampai la ke destinasi..


Balik bercuti tu terfikir, kalau lah dapat pergi bercuti bukan waktu cuti sekolah atau cuti umum mesti seronok! Yelah, orang tak ramai, nak bersiar-siar pun senang. Hotel/chalet pun dah tentu murah. Tapi takkan nak ambil cuti panjang pulak, nanti kalau ada apa-apa hal, dah susah nak cuti lagi. Hmm.. kena jadi CEO la macam ni, tapi belajar pun 'tinggi' sangat, ada ke peluang ke nak jadi CEO? Hihihi..