Showing posts with label impian. Show all posts
Showing posts with label impian. Show all posts

Thursday, 25 October 2012

3 Bulan Lepas & 3 Bulan Akan Datang

Wahh lamanya tak ber'blogging', 3 bulan juga rupanya, hehe.. Apa nak buat sentiasa 'on the go', kalau guna tablet pun rasanya tak sempat juga. Tapi tiba-tiba malam ni gatal pulak nak meng'update'. Alhamdulillah saya masih lagi sihat hingga ke hari ini, belum demam lagi untuk tahun ni, harap-harap akan sentiasa sihat, tapi kalau Allah kurniakan sakit pun apa salahnya sebab setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya kan.

Alhamdulillah Allah murahkan rezeki kebelakangan ini. Walaupun tak berjaya mencapai target income 5 digit, tapi syukur dengan pencapaian bulan ini. Memang rasa agak letih, tapi sangat berbaloi berbanding dengan masa bekerja makan gaji dulu. Kerja gila-gila, OT maksimum tapi cukup bulan buat bayar hutang je, hehe.. Mungkin betul apa yang orang katakan, keberkatan tu jauh lebih penting jumlah yang kita dapat. Kadang-kadang penat kita usahakan tapi takde hasil. So apa yang perlu kita buat adalah muhasabah diri, cari di mana kesilapan. Ehh.. betul ke ada buat silap.. Mungkin cara kerja dah betul, usaha dah maksimum, tapi cuba lihat pada niat pula. Kita nak dapatkan income untuk apa, adakah semata-mata untuk diri sendiri, keluarga atau untuk membantu orang lain?



Mula-mula masa saya bekerja sendiri dulu, matlamat utama dah tentu nak dapatkan income yang lebih baik daripada makan gaji. Kemudian bila income tak stabil, kejap banyak, kejap sikit, kejap ada, kejap takde, dah mula terfikir semula, adakah betul jalan yang saya pilih ni? Secara jujurnya pernah juga terfikir nak cari kerja semula. Tapi bila difikir-fikir semula, takkan nak patah balik? So, saya teruskan juga. Ya memang betul buat 'sales' bukan kerja yang mudah. Kena ada skill, kena ada strategi, tapi dari mana nak dapat? Dah tentu dari pengalaman, kalau tak teruskan, macam mana nak ada pengalaman kan?

So saya letak dalam hati, niat buat 'sales' untuk bantu orang lain. Bantu orang untuk memiliki kediaman, bantu orang untuk memulakan pelaburan, bantu orang untuk tambah pendapatan dan lain-lain. Alhamdulillah dapat bantu beberapa orang rakan untuk dapatkan 'property' sebagai tapak pelaburan. Walaupun mungkin income saya tak seberapa di situ, tapi rasa puas hati kerana dapat berkongsi ilmu yang ada. Kan Robert T.Kiyosaki pun dah pesan dalam post saya sebelum ni, lebih kurang inilah maksudnya..

"Ubah fokus dari duit kepada berkhidmat, kerana dari khidmat itu akan datangnya duit!! "

Selain itu, ilmu kalau disimpan sendiri rugi je nanti. Tapi ada juga orang yang 'kedekut' nak kongsi ilmu, takut orang lain lebih maju! Hahaha.. apa nak risau, rezeki Allah yang tentukan, biarlah kalau orang lain lebih maju dari kita, kita jadikanlah contoh untuk diri sendiri. InsyaAllah saya akan kongsi apa yang saya tahu walaupun saya ni takdelah 'expert' mana pun.

Salah seorang lagi yang dapat saya bantu adalah sepasang suami isteri yang baru berumur 25 tahun. Alhamdulillah hajat mereka untuk memiliki rumah sendiri telah termakbul. Inilah rumahnya..


Hmm macam kenal je rumah ni. Hehe mungkin ramai kenal kot. Inilah rumah yang kami  sekeluarga diami sejak tahun 2008. 

"Ehh.. kenapa jual? Dah elok-elok ada rumah jual pulak? Korang ni dah fikir masak-masak ke? Orang lain sibuk nak beli rumah sendiri, korang jual pulak!" 

Macam-macam soalan yang keluar dari kawan-kawan dan sedara-mara kami suami isteri. Kalau ikutkan memang sayang nak jual, lokasi pun boleh dikatakan sangat bagus, ada exit highway Kesas, depan padang, dekat dengan surau lagi, macam-macam lagi lah. Kenangan pun banyak di sini. Tapi saya berpegang pada satu prinsip..

Nak berjaya kena ada pengorbanan, kalau takut nak berkorban JANGAN bermimpi untuk berjaya!! 

Memang kami merancang sesuatu, perancangan yang telah dibincang bersama orang yang berpengalaman dan telah difikir semasaknya. Semoga Allah memudahkan perjalanannya nanti, insyaAllah Aminn.. 

P/S: Malam tadi baru je sign SPA dengan 'future owner' rumah ni, so ada masa 3 bulan je lagi untuk tinggal di Bandar Puteri Klang ni. Masa untuk mengemas!

Wednesday, 28 March 2012

Berimpian atau Berangan?

Dalam masa sehari, berapa banyak kali kita berangan? Berangan-angan, bukan buah berangan tau!! Tengah melayan jalan jem, ternampak pulak kereta idaman kat sebelah.. 'Haihh.. kalau dapat ni mesti best lah!!' Tapi bila jem dah habis, kereta tu berlalu, apa yang difikir tadi pun berlalu pergi. Atau pun ketika menghantar famili ke Kelana Jaya untuk menunaikan haji, mesti terfikir 'Bestnya kalau dapat pergi sekali' Tapi selesai je famili kita naik bas ke KLIA, apa yang kita fikirkan tadi pun selesai.

Sebenarnya tak salah untuk berangan-angan. Saya selalu juga berangan-angan, nak ada superbike, nak ada kereta yang laju, nak ada rumah yang besar, ada halaman yang luas untuk anak-anak berlari dan bermain, siap dengan gazebo untuk beristirehat sewaktu minum petang, nak pergi haji sementara muda dan sihat, nak spend masa dengan abah dan mak sementara mereka masih ada, nak 'retire' pada umur 40 tahun, nak bantu orang-orang susah dan macam-macam lagi la. Kadang-kadang sampai terbawa-bawa dalam mimpi, hehe..

F10 M5 - V8 Twinturbo 560bhp, on road boleh, on track pun boleh, mesti best kalau ada, hmm..
Tapi masalahnya masa bekerja dulu, tak nampak bayang pun nak capai. Bila superbike lalu depan mata, terliur je la tengok. Setakat nak beli mungkin boleh, dah ada macam-macam 'easy payment' sekarang ni, hehe.. tapi mampu ke nak tanggung maintenance? Sampai satu tahap saya terfikir, takkan asyik nak berangan je? Berangan sahaja memang tak cukup, kena jadikannya IMPIAN, tukarkannya kepada 'GOAL SETTING' dan BERUSAHA.

Jom kita imbas kembali apa impian kita semasa kita belajar dulu. Dah kerja nanti nak bagi orang tua banyak ni.. nak beli rumah.. nak beli kereta.. dan macam-macam lagi. Tapi bila dah mula kerja, rasa macam susah pulak. Adakah dah tercapai atau semakin lama semakin kabur? Kenapa menjadi kabur? Kadangkala kita tak sedar yang sebenarnya taraf ekonomi kita yang menarik semula impian kita. Mungkin kita dah bekerja bersungguh-sungguh, bangun awal pagi, layan jalan jem pergi dan balik kerja, kadang-kadang buat 'overtime' sampai malam, hujung minggu pun kerja, tapi taraf ekonomi masih tak baik. Di mana silapnya? 

Sebenarnya, dalam kehidupan, kita berhak membuat PILIHAN, bukannya sekadar menyerah.. 'Apa nak buat, dah rezeki aku kat sini..' Kalau ada pilihan yang lebih bagus, kenapa perlu kita ketepikan? Yang penting adalah yakin pada diri sendiri sebab kita yang menentukan hala tuju hidup kita, bukan orang lain, betul kan. YAKIN, USAHA, BERDOA dan BERTAWAKAL, insyaAllah pasti akan berhasil.

Jangan biarkan impian kita hanya sebuah angan-angan. Jom kita kejar IMPIAN KITA!!


Friday, 2 March 2012

Time Is Running Out!!

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ke-3 tahun 2012. Fuhh.. cepat betul masa berlalu. Dah 2 bulan kita habiskan tahun ni. So, apa yang dah kita lakukan sepanjang 62 hari yang lepas? Hmm...



Tiap kali sebelum menjelang tahun baru, mesti kita dah ada azam untuk tahun seterusnya. Nak naik pangkat la, nak clearkan hutang la, nak beli kereta baru la, itu la, ini la.. tapi pada waktu yang sama juga selalunya kita mengeluh, dan mengeluh, sebab azam yang dah sedia ada tak tercapai lagi. Kenapa tak tercapai? Adakah tindakan kita seiring dengan azam dan impian kita? Jika ya kita telah berusaha, cuba kita bermuhasabah diri seketika. Adakah betul tindakan yang telah kita lakukan? Adakah kita telah menyakiti seseorang? Bagaimana dengan ibadah kita?

Kadangkala kita tak sedar. Dah kerja dan usaha 'gila-gila' tapi masih tak capai. Kawan-kawan saya selalu berpesan - ALWAYS RESET TO ZERO!! Pokok pangkalnya, jangan sesekali PUTUS ASA dan bagi ALASAN!! Kita cuba, cuba dan cuba. InsyaAllah pasti akan ada hasilnya.

Ada impian, ada cita-cita, tapi takde planning memang tak menjadi apa. So, apa yang perlu kita buat? Buat la GOAL SETTING!! Apa itu goal setting? Nak tau? Jom saya ajar, tapi bukan sekarang la,hehe..

p/s: Semoga Allah makbulkan doa dan matlamat saya untuk buka 4 lagi cawangan perniagaan dalam masa 29 hari ini. Amin...