Monday, 23 January 2012

Perlu Ke Jadi Kaya? (Bhg 1)

Dulu selalu saya bertanya kepada diri sendiri, perlu ke jadi kaya? Kadangkala kita akan berfikir - 'Cukuplah dengan apa yang ada, Alhamdulillah syukur dengan kurniaan Allah'. Ya memang betul, tapi betul ke dah cukup? Bagaimana pula dengan ibubapa kita? Orang sekeliling kita?

Bila bercakap pasal kaya, saya suka nak kongsi beberapa petikan ayat dari idola saya, dan juga idola kepada ramai orang Melayu - Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari. Siapakah beliau? Hmm.. sangat-sangat rugi kalau anda tak kenal.


Antara kata-kata beliau, seorang usahawan dan jutawan yang hanya berkelulusan SPM sahaja..

* Tuhan memberi PELUANG kepada siapa saja yang BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya adalah USAHA. Kalau anak dangau macam saya boleh, tiada sebab terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

* Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan SIKAP dan CARA KITA BERFIKIR. GIGIH, TEKUN dan TIDAK MUDAH PUTUS ASA merupakan kunci kejayaan. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

* Kita jangan cepat PUTUS ASA. Putus asa boleh tapi cepat-cepat kuatkan semula SEMANGAT untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab IBADAH adalah TUGAS seharian.

* Sikap PEMALAS dan PEMALU ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena BERANI KERANA BENAR. Apabila kita mendapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita MENOLONG ORANG.

* Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka BERUSAHA dengan TEKUN. Tetapi tentulah ianya memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.


* Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh DIBANTU. Allah beri kita rezeki untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila boleh ditarik balik.

* KAYA itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada BANGSA dan kepada ORANG RAMAI.

* Saya perlu TERUS mencari PELUANG dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing.

* Orang Melayu sebenarnya kena MEMBANTU DIRI SENDIRI, kena BEKERJA KERAS dan FOKUS.

* Saya sendiri pun BERHUTANG sambil berniaga dan buat SUMBANGAN amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun saya tak sempat buat.

* Kalau kerana sedikit BANTUAN itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

p/s: Kan bagus kalau kita menjadi kaya kan? Asalkan jangan lupa tugas kita sebagai KHALIFAH di muka bumi Allah ini.

Saturday, 21 January 2012

Cuti Tahun Baru Cina

Esok atau lusa dah tiba masa untuk kaum Cina menyambut perayaan besar mereka - Tahun Baru Cina. Kalau masa kerja dulu, sebulan sebelum perayaan ni, tempat kerja dah dihujani dengan limau mandarin. Hari-hari makan limau sampai naik jemu, haha..

Perkara yang selalu kita terfikir bila Tahun Baru Cina ni adalah kedai. Tak kira la kedai runcit, pasaraya, bengkel atau berbagai-bagai pasti akan tutup masa ni! Bukan 1-2 hari, malahan ada yang sampai seminggu lamanya. Aduhh.. sampai nak beli gula pun susah. Kenapa? Sebab kebanyakan pemilik kedai adalah kaum Cina, betul tak? Cuma segelintir je dimiliki oleh kaum lain. Hmm.. memang masalah..

Ke mana mereka ni cuti lama-lama? Kebanyakannya mereka ni akan pergi menziarah sanak saudara dan melancong bersama keluarga. Jadi, semasa musim cuti ni memang semua tempat penuh. Sebut je la kat mana pun, pasti penuh. Satu hal lagi ni. Tapi masa ni juga la kita akan ambil kesempatan untuk bawa keluarga bersiar-siar, betul tak? Mana taknya, hari biasa dah sibuk bekerja.

Teringat semasa kami sekeluarga bersama keluarga Hazlina (kawan rapat isteri) bercuti ke Pulau Pangkor semasa cuti Tahun Baru Cina 2010. Perghh.. agak mencabar juga nak bercuti rupanya!

Cabaran pertama - mencari parking kereta di Lumut. Pusing punya pusing dapat juga la tapi agak jauh menapak ke jeti, itu pun parking bawah pokok. Kalau tumbang pokok, alamat balik naik bas la, dah la baru tukar kereta masa tu, hehe..

Cabaran kedua - hampir 2 jam beratur kat jeti sebelum naik feri! MasyaAllah dah macam semut dapat gula. Tu pun dapat potong barisan sebab dapat keutamaan pada keluarga yang ada anak kecil (so lepas ni pastikan ada anak kecil ye, haha..). Akhirnya sampai la ke destinasi..


Balik bercuti tu terfikir, kalau lah dapat pergi bercuti bukan waktu cuti sekolah atau cuti umum mesti seronok! Yelah, orang tak ramai, nak bersiar-siar pun senang. Hotel/chalet pun dah tentu murah. Tapi takkan nak ambil cuti panjang pulak, nanti kalau ada apa-apa hal, dah susah nak cuti lagi. Hmm.. kena jadi CEO la macam ni, tapi belajar pun 'tinggi' sangat, ada ke peluang ke nak jadi CEO? Hihihi..

Friday, 20 January 2012

Adab & Sunat Hari Jumaat

Pejam celik, pejam celik dah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu. Ramai yang kata Jumaat adalah penghulu segala hari, tapi apakah yang perlu kita lakukan untuk 'menghadap penghulu' ni? Jom kita kongsi sama-sama..




1. Banyakkan BERDOA kerana terdapat banyak masa yang mustajab doa di hari Jumaat.

2. Bersedia menghadapi hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan ;

- MENCUCI kain & baju 
- banyakkan BERTASBIH & BERISTIGHFAR

3. Sunat MANDI diantara waktu terbit fajar sehingga waktu solat Jumaat didirikan. Paling afdal adalah sebelum pergi solat Jumaat.

4. Sunat memakai pakaian PUTIH.

5. Sunat memakai WANGI-WANGIAN seperti kasturi, makhruh memakai zabad (kerana menyerupai pakaian perempuan)

6. Sunat MEMBERSIHKAN DIRI ;

- menghilangkan bau busuk badan
- mencukur bulu ari-ari 
- memotong misai 
- mengerat kuku
- bersugi 
- mencabut bulu ketiak

7. Sunat pergi ke masjid di AWAL WAKTU dengan ;

- berjalan kaki
- hati sentiasa mengingati Allah
- membaca Al-Quran 
- bersalawat.

8. Apabila masuk ke masjid dituntut berada di SAF PERTAMA.

9. Jangan MELANGKAH bahu orang lain.

10. Jangan duduk sehingga didikan SOLAT TAHIYATUL MASJID & memadai sekadar 2 rakaat. Jangan meninggalkan solat itu sekalipun ketika khatib membaca khutbah.

11. Sunat MEMBACA surah al-Kahfi.

12. Perbanyak membaca SALAWAT kepada Rasulullah S.A.W.

13. Sunat MENDENGAR khatib membaca khutbah (jangan menyibukkan diri dengan amalan yang lain seperti membaca al-Quran, berzikir atau berselawat)

14. Setelah SELESAI Solat Jumaat, sunat tidak berkata-kata sebelum membaca ;

- al-Fatihah (7 kali)
- al-Ikhlas (7 kali)
- al-Falaq (7 kali)
- an-Nas (7 kali).

15. Setelah selesai solat Jumaat, sunat DUDUK di masjid sehingga Asar atau Maghrib dengan niat iktikaf.

16. Perbanyakkan DOA sepanjang hari Jumaat dengan khusyuk & tawadu’, kerana terdapat masa mustajab doa oleh Allah pada hari Jumaat.

17. Antara masa yang MUSTAJAB untuk berdoa adalah ;

- waktu terbit matahari
- waktu gelincir matahari
- ketika iqamat
- ketika khatib naik ke mimbar
- ketika berdiri untuk bersolat.
 

18. Sunat memperbanyak SEDEKAH.

Wallahua’lam..

Rujukan: Kitab Hidayatus Salikin (Syeikh Abus-Shamad Al-Falimbani)



p/s: amalkan bersedekah pada setiap ketika, biarpun sedikit tapi berpanjangan..

Tuesday, 17 January 2012

Kerja.. Kerja.. Kerja..

Sedar tak sedar, bulan Januari 2012 ni rupa-rupanya genap setahun aku meninggalkan alam KERJA MAKAN GAJI. Hmm..cepat betul masa berlalu. Ini adalah antara bekalan sebelum melangkah ke dunia yang penuh dengan cabaran,hehe..

Berpossing di depan salah satu open yard tempat menyimpan scrap/besi buruk. Ni time pagi memang bersihlah motor. Tunggu petang sikit tengok,mesti tayar dah sama warna dengan rim,hehe..

Beli motor ni beberapa minggu sebelum berhenti kerja dengan niat untuk memudahkan perjalanan menghadapi dunia baru. Sebenarnya bole keluar awal lagi tapi gatal nak tunggu plat BLC,cuma nombor je miss sikit,hehe.. Alhamdulillah dalam masa setahun ni,hampir 18,000km motor ni bawa aku ke sana sini. Dengan motor ni juga la hampir puluhan ribu dihasilkan, ALHAMDULILLAH sangat-sangat bersyukur.

Masa mula-mula berhenti kerja dulu ramai yang tak percaya,malahan ada yang kata aku buat keputusan tak fikir panjang. Memang pun,kalau fikir panjang-panjang lagi serabut kepala. Mana taknya,kalau kawan-kawan terdekat tau komitmen aku agak BESAR!! Kalau difikir-fikir,memang tak berani. Mesti kita akan terfikir..
'Ehh..gila la nanti takde income matilah aku!'
'Bole ke buat ni,macam susah je'

Tapi sebenarnya kita kena PERCAYA & YAKIN pada DIRI SENDIRI untuk melakukan sesuatu. Kita juga kena yakin yang memberi rezeki adalah ALLAH S.W.T.,bukanlah bos & company yang memerah tenaga kita setiap hari. Bak kata sorang sahabat bernama Zuhair (ex-Engineer di Abu Dhabi)..
'LU LANGSI,WA BERHENTI!!' Hehe..

Kenapa aku berhenti kerja?

Sebenarnya dalam hidup ni ada 4 golongan manusia..
1. Orang yang ADA DUIT & ADA MASA
2. Orang yang ada duit tapi TAKDE MASA
3. Orang yang ada masa tapi TAKDE DUIT
4. Orang yang TAKDE MASA & TAKDE DUIT!!

Persoalannya,di mana kita berada? Jika berada di golonggan yang ke-3,tak teringin ke nak jadi golongan yang pertama? Kalau berada di golongan yang ke-4 lagi la teruk!! Tapi realitinya,itu adalah aku satu ketika dahulu. Setelah 6 tahun bekerja,keadaan diri aku sama sahaja. So kalau nak tunggu lagi 5 tahun (mengharapkan gaji naik & bonus setiap tahun) sebenarnya bukanlah tindakan yang bijak.

Kenapa? Kalau hari ni minum di kedai mamak segelas Nescafe tarik berharga RM1.60,tak mustahil lagi 5 tahun dah jadi RM2.20 betul tak? Memang betul gaji akan naik, tapi harga barang juga naik. Nak berjimat? Apa yang tinggal? Sanggup ke bagi generasi kita sekadar 'cukup makan' sedangkan di luar sana ramai yang berhidup senang lenang nanti? Tepuk dada tanya selera. Masa tak pernah menunggu kita, jadi kita gunakanlah masa yang ada sebaik mungkin. Tanpa toleh ke belakang lagi, aku pun mengakhiri khidmat pada penghujung bulan Januari 2011. Sebab aku pasti, di luar sana sebenarnya banyak peluang yang ada, tapi kena usaha la untuk mencari yang TERBAIK.

p/s: Jangan la hanya tau berdoa 'Ya Allah,murahkan lah rezeki ku...' tapi usaha takde, betul tak?

Jom Main Bowling!!

Huihh sibuk bebenor sampai tak sempat nak jenguk ke sini,hehe.. Hari ni baru sempat nak update.

Kalau ikut plan asal,nak buat 3 aktiviti sekali tapi nampaknya bowling tetap menjadi pilihan ramai (tengok sapa yang in-caj la,hehe..) So Sabtu lepas 14/01/2011 bertempat di e@curve Damansara,aktiviti melempar bola pun dijalankan.


> Yela Sako pasni kita main golf pulak,hehe..

Cadang nak start pukul 5pm tapi dah fully booked pulak,so terpaksa la start selepas Maghrib. Ni je antara gambar yang boleh diketengahkan sebab yang lain blur la pulak.. Takkan nak kena snap guna Iphone 4s baru ok kot


> Masing-masing tunggu turn nak tunjuk skill..


> Aksi sorang project manager melempar bola..


> Hari-hari asyik kejar lori je,hari ni kita kejar pin la plak,hihi..

Dah penat melempar bola menuju ke pin & longkang,lepak minum-minum kejap kat Teh Tarik Place The Curve. Sambil membasahkan tekak,sambil berkongsi idea& pengalaman masing-masing. Maklumlah,ada yang kerja exec,engineer,project manager,tauke kedai & macam-macam. Sampaikan penguatkuasa JPJ pun ada la (nasib baik bola masuk longkang tak kena saman,hehe..) Tapi kebanyakan jawatan tu dah jadi 'ex' a.k.a 'bersara',bak kata Jan.


> Azam engineer (satu ketika dulu) bersama tauke kedai runcit..


> Ise dok belek mende..??

Apa pun,enjoy lepak dengan korang semua. Sori tak banyak gambar tapi yang penting bukan lepak kosong je,macam-macam dapat! Next time kita plan aktiviti lain plak ye..