Friday 20 July 2012

Dari Internet

Kadang-kadang rasa kelakar juga bila baca komen orang yang mengatakan internet punca kejahatan. Hehe.. setuju ke? Saya sangat tak setuju, sebenarnya setiap perkara ada kelebihan dan kekurangannya. Yang penting adalah cara kita kendalikannya. Sebagai contoh, beli motor kapcai untuk pergi keje, kedai, surau, bawa anak-anak bersiar-siar, dan lain-lain, dah tentu jadi kebaikan. Tapi kalau motor kapcai tu kita modified untuk berlumba haram, berjudi pulak lagi, dah jadi sebaliknya. So, wajar ke kita salahkan kedai motor yang menjual motor kepada kita? Hehe.. budak belum akil baligh pun bole fikir kan.

Saya sendiri suka pada Facebook, Twitter, Blog dan bermacam-macam lagi, sebab daripadanya kita bole belajar berbagai-bagai perkara. Contoh kita tengok dalam FB, mungkin dulu masa mula-mula kewujudannya adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama manusia di muka bumi ni. Tapi cuba lihat hari ni, masing-masing tak lokek untuk berkongsi ilmu, klik 'Share' je kan. Alhamdulillah saya sendiri dapat lihat bagaimana FB boleh mengubah cara berfikir beberapa kenalan. Kalau dulu hanya bersembang kosong, tapi hari ini bole berkongsi cerita pasal agama, semangat, dan bermacam-macam lagi. Hebat kan?

Salah satu motivation quote dari Robert T.Kiyosaki, dikongsi oleh salah seorang sahabat FB, lebih bagus dari baca sesetengah akhbar yang penuh dengan cerita negatif
Dari FB juga saya dapat berjumpa kembali dengan kenalan dan saudara mara yang lama tak jumpa. Salah seorangnya adalah seorang saudara yang berada di luar negara, yang mana perbezaan umur antara kami agak jauh. Memang sangat jarang berjumpa sebelum ini, dan kalau berjumpa pun masa kenduri kendara lah pun. Alhamdulillah melalui internet dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Chat punya chat, saudara saya ini menyatakan hasrat ingin membeli sebidang tanah sebagai kediamannya 1 hari nanti. Memandangkan saya adalah seorang ejen hartanah sebelum ini, dia berbesar hati untuk mendapatkan bantuan saya.

Saya pun setuju. Kawasan yang menjadi pilihan adalah Janda Baik, Pahang. Satu kawasan yang tak pernah saya kunjungi sebelum ini. Setelah membuat sedikit research, dapatlah beberapa tempat yang berpotensi. Saya pun membuat lawatan ke sana. Taklah besar mana Kg Janda Baik ni, pertama kali datang pun dah 3 kali tawaf keliling kampung, hehe.. Tapi memang menarik sebab berada di kawasan yang agak tinggi, dengan suasana tenang dan menghijau. Memang sesuai untuk beristirehat. 

Sejuk mata memandang
Bumbung merah adalah SaufiVille Resort, berada 1860 kaki dari aras laut, kalau waktu pagi memang berkabus kawasan ni.

Banyak juga kediaman milik VVIP ternama di sini. Kebanyakannya dijadikan rumah persinggahan dan tidak kurang juga yang membuat pelaburan dengan mendirikan resort di sini. Tak hairanlah kalau satu hari nanti harga di sini akan mencecah beberapa juta hanya untuk seekar tanah, sebab sekarang ni pun dah ada pemilik tanah yang menawarkan sebidang tanah berkeluasan 3 ekar dengan harga RM3 juta!! Gullppp!! Alasannya lokasi tanahnya sangat strategik - tepi jalan utama. Harga makanan pun boleh tahan juga - sup tulang, nasi putih, telor dadar beserta air suam = RM8.50, standard KL dah ni. Mungkin sebab bukan orang tempatan, harga lain sedikit kot, hehe..

Dalam banyak-banyak tempat yang telah dilawati, ada satu lokasi yang menarik perhatian saya. Di atas tanah seluas 1.5 ekar, terdapat dusun buah-buahan, sebuah rumah kampung, dua buah kolam beserta sebuah gazebo di tepinya. Air kolam pula dialirkan dari anak sungai. Kawasan pula bertanah rata, kalau hendak berkhemah, beriadah dan berBBQ memang sangat sesuai lah. Bayangkan saudara mara dan sahabat handai berkumpul di sini, best kan. Cuma harganya masih di luar kemampuan, kalau mampu memang nak beli, hehe..

Kolam dah tersedia, nak buat kolam mandi boleh, nak bela ikan pun boleh


Apapun seronok juga berada di Janda Baik ni, lokasinya pun tak jauh dari KL, hanya 30 minit je. Nak ke Genting Highlands pun dekat. Aktiviti? Macam-macam ada, boleh mandi sungai, jungle-tracking, paintball dan lain-lain lagi. Dengan pemandangan Banjaran Titiwangsa yang menghijau, udara yang nyaman dan bersih, memang sangat sesuai untuk mereka yang ingin jadikan tempat ini sebagai kediaman selepas bersara nanti.


No comments:

Post a Comment